perasaan cinta yg lama ku tolak tepi... datang lagi
bukan aku benci bukan aku hindari
ianya amat menusuk dan menghiris
pengalaman dan kehidupan mengajarku
erti pengorbanan sebenarnya
erti setia setulusnya
erti memberi pada yg sepatutnya
apakah aku tidak mengerti?
apakah aku tak sudi?
apakah aku masih takuti?
semuanya telah ku cuci
dengan doa dan airmata
dengan harapan berbekalkan sandaran
demi kamu sayangku...
aku pelajari erti ketabahan
kerana kau kasihku
aku melangkah ke hadapan
dek hubungan kita masih berterusan
aku sandarkan harapan
untuk bersama..
untuk bersatu...
untuk kita bertemu
agar ianya bukan mimpi lagi
supaya ianya kenyataan suci
setelah aku kau cumbui dalam mimpi
setelah cintaku kau ambil juga
walau tanpa kau bersedia
walau tanpa ada masa
walau itu yang kau kata
aku masih juga membisu
aku terus terusan menunggu
moga kau lebih berani
untuk berterus terang padaku
apa mahumu atau
selama ini berpura hanya atas nama
pengisian masa lapangmu.....
-adz
9.34am 20/2/12
No comments:
Post a Comment