Sunday, 26 August 2012


Reunion 20/8/’12
Sekolah,guru dan teman….

Pertama kali kami memandang
Tersergam megah sentiasa
Tiada dimamah usia sekitarnya
Hebat  tersemat  dalam sejarah  lagenda
SMRPK , kau  segak masih bergaya
Menarik kami  menyulam  kisah lama
SMRPK….kau masih tidak di lupa…..
Terakam  indah, masih dirasai…..
Dedahkan kami dalam pelukan kasih
Antara teman,guru dan  silam…..
Zahirkan erti sebuah pertalian
persahabatan…..

adziah: “ Erti persahabatan telah mewarnai hidup kita….suatu anugerah  kehidupan, namun dgn  kebijaksanaan  kita jua untuk memilih warna dan coraknya...”

Teman itu bayang
mendekati kita sentiasa
dalam duka atau gembira
bila sepi bertandang dan pergi
pasti teman pengubat hati
di kala jiwa menjeruk rasa
pada merekalah curahan segala...

adziah:  “Kenangan…setiap kali hari guru…setiap kali minda bercelaru….manakah sekarang guru-guruku…. Namun bila kita selak kembali alam persekolahan…teringat nama-nama besar  itu, nama bonda kita…nama guru-guru kita. Apa khabar dan dimana?”
Cikgu,
andalah permata dan ilmu
tak jemu memberi madah dan panduan
tunjuk ajar yang padu
ikhlas dan bergalas
cikgu,
kasih sayangmu ibarat ibu dan ayahku
pemerhatianmu adalah jitu
teguranmu mendidik daku
marahmu pencetus semangatku
cikgu,
harapanmu ku semat agar tujuan dikecap
terima kasih cikgu…
adziah: “teman sekelian….menempuh hidup ini bukan senang….menimba pengalaman, menggali pengetahuan  untuk  panduan masa depan,
semua dah pun  alami, jerih payah liku kehidupan ini”

Dugaan
ianya kalis
sindiran
bisa juga ditepis
rintangan
terus ditangkis
kenapa dan mengapa?
harus menangis
Kita semakin dewasa…mula melaluinya
Tugas  digalas
Pelbagai bidang direntas

  AYUH!
Ayuh semuanya..
Kita salurkan tenaga
Beri ilmu,kongsi yang ada
Sama-sama mengorak langkah jaya.
Jangan biarkan diri terleka
Banyak yg memusnahkan harga diri dan segala
Usah lihat kejatuhan mereka
Bimbing dan tarik tangan -tangan yang melata
Selitkan bisikan semangat sasa
Jalan kejayaan tidak lama
Usaha dan pengorbanan tiada boleh dinoda
Success menunggu di penghujung  usaha.
Inilah  penerusan tugas MULIA……
Gandingan sekolah,guru dan   teman
Satu  rumusan  menuju  kesempurnaan.

    adziah:    untuk semua..thanks  atas segalanya….



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...