'WANITA dan DUNIA...'
Kami wanita
dan kiranya
bisa menyandang
Gelaran tradisi,
gadis, wanita,
ibu dan segala
Kami tersenyum megah sentiasa
namun menyedari kami wanita yang
dimamah usia
kami kerdil lagi bertenaga
kami lemah tapi tidak alpa.
Sejarah lama telah membuktikan jua
betapa hebatnya barisan wanita
kita
tersemat dalam
sejarah lagenda
wanita-wanita yang menggoncang dunia
mari kita menyulam kisah
lama
Zainab Al-Ghazali,Tun Fatimah dan
Tun Teja
kisah sebutan pejuang lama
Siti Khadijah,Fatimah dan Aishah
Keluarga Nabi tidak di lupa…..
Kaum ibu dan wanita
Dedahkan kami dalam pelukan cinta
Antara ibu,guru dan teman…..
Zahirkan erti sebuah pertalian
Wanita sedunia......
Luahan: Sekadar menyebut satu dua nama....Tan Sri Datin Sri
Cempaka Kontik Kamariah wanita
Melayu pertama yang lulus peperiksaan Senior Cambridge.
Tun Tan Sri Dr.
Fatimah,menteri cabinet wanita pertama di Malaysia.
“ Ketahuilah...Peranan wanita
antara yang mewarnai hidup semua….suatu anugerah kehidupan, namun
dgn kebijaksanaan perlu jua
untuk memilih warna dan coraknya...ianya terletak di bahu pendidik dan di
tangan-tangan yang mencorak...”
Ibu
,
bagaikan satu bayang
mendekati kita sentiasa
dalam duka atau gembira
bila sepi bertandang dan pergi
pasti ibu pengubat hati
di kala jiwa menjeruk rasa
pada merekalah curahan segala...
dalam duka atau gembira
bila sepi bertandang dan pergi
pasti ibu pengubat hati
di kala jiwa menjeruk rasa
pada merekalah curahan segala...
Ibu,
andalah permata dan ilmu
tak jemu memberi madah dan panduan
tunjuk ajar yang padu
ikhlas dan bergalas
andalah permata dan ilmu
tak jemu memberi madah dan panduan
tunjuk ajar yang padu
ikhlas dan bergalas
Luahan: “Kenangan…setiap
kali hari wanita…setiap kali minda bercelaru….manakah sekarang guru-guruku….
Namun bila kita selak kembali alam persekolahan…teringatkah kita nama-nama besar itu, Apa khabar mereka dan
dimana?”
cikgu,
kasih sayangmu ibarat ibu dan ayahku
kasih sayangmu ibarat ibu dan ayahku
pemerhatianmu
adalah jitu
teguranmu mendidik daku
marahmu pencetus semangatku
guru-guruku
harapanmu ku semat agar tujuan dikecap
teguranmu mendidik daku
marahmu pencetus semangatku
guru-guruku
harapanmu ku semat agar tujuan dikecap
terima kasih
ibu, terima kasih cikgu…
Luahan: “teman
sekelian….menempuh hidup ini bukan senang….menimba pengalaman, menggali
pengetahuan untuk panduan masa depan,
semua dah pun kita alami,
jerih payah liku kehidupan ini”
Wanita beserta semangatnya...
Dugaan
ianya kalis
sindiran
bisa juga ditepis
rintangan
terus ditangkis
kenapa dan mengapa?
harus menangis
ianya kalis
sindiran
bisa juga ditepis
rintangan
terus ditangkis
kenapa dan mengapa?
harus menangis
Kita semakin dewasa…mula melaluinya
Tugas digalas
Pelbagai bidang direntas
AYUH!...
.Ayuh
wanita..
Kita salurkan tenaga
Beri ilmu,kongsi yang ada
Sama-sama mengorak langkah jaya.
Jangan biarkan diri terleka
Banyak yg memusnahkan harga diri dan
segala
Usah lihat kejatuhan mereka
Bimbing dan tarik tangan -tangan yang
melata
Selitkan bisikan semangat sasa
Jalan kejayaan tidak lama
Usaha dan pengorbanan tiada boleh dinoda
Success menunggu di penghujung
usaha.
Inilah penerusan tugas MULIA……
Gandingan wanita,guru dan teman
Satu rumusan menuju
kesempurnaan
Dalam satu penganugerahan
‘Hari Wanita sedunia’
-aulia adz
MAWAR PKWPP
No comments:
Post a Comment