Thursday 12 March 2015

HARGA MINYAK NAIK


Sekali lagi minyak naik
Amarah pemandu melulu
Stesyen minyak penuh padu
Hati berkata kelat terbuku
Baru je turun
Naik kembali
Berapa sen pun ia
Tetap nilai duit jua
Usah merungut
Jangan mengaut
Setiap kejadian ada sempadan
Payah, jerih, sedu sedan
Gambaran wajah terbuka
Berfikir semula
Selepas ini apa pula
Barang atau benda akan naik harga
Bersiap sedia tak kira masa
Simpan wang kamu
Berjimat satu satu
Lebih baik begitu
- aulia adz
https://www.facebook.com/groups/1556180057984949/permalink/1567678313501790/

DRAMA HIDUP

Hentikan drama itu
Paparan menyayat pilu
Buangkan pengaruh berdebu
Menjerat minda pemerhati sendu
Asyik masyuk menunggu.
Hentikan drama itu
Terkesan sangat haru
Si penonton tanpa ragu
Lantas percaya melulu
Sesat sendiri zalimi kalbu
Hentikan drama itu
Lakunan nyata depan mata
Usah bertanya ruang masa
Tidak percaya saranan agama
Akhir hayat punah segala...
- aulia adz

REMAJA / PUISI KENANGAN BERCANDA

E-sastera@ Facebook


PUISI KENANGAN BERCANDA
Oleh aulia adz 

Bisa  kenangan menerpa tatkala berbicara
wajah tunduk
 minda berpadu bersahaja
rasa pilu menekan dalam
terus membisu nian menyulam puing-puing ombak di awangan...
kisah  silam amat menekan
menarik simpulan angin kerinduan
satu demi satu bergilir terakam di helaian memori kusam
debu-debu rintangan, dugaan dan cobaan sirna terpampang
turut menggiliri paparan mendatang
terkesima ... sayu
yang pergi di ingati..
kenangan terpahat teguh bersemi
tetap mengeratkan
mendekatkan dunia persimpangan
jarak jauh ditarik mendekati
jarak dekat dikuit merapati
 di sisi semakin menyendiri
dek malu menyelubungi diri
dek kerana masih mewarisi
 saki  baki adat, Opah yang beri
melekat kuat bermastautin dalam diri sanubari
hingga esok entah kapan pula nanti
 perlahan- lahan  menghilang lagi.”
: Khamis 5.00am 11/12/14 (  PULARA  2014)

Friday 13 February 2015

Perginya Seorang Tok Guru

    Terkenang...sntiasa mengejar arwah acapkali dtg memberi ceramah hanya utk mengintai wajah seorg tuan guru yg menyejuk hati & utk dpt pahala....kini cuma mampu hadiahkan surah dan doa moga dekat di hati... insyaaAllah ðŸ’•


     Al Fatihah.....
    Kesedihan tiada batasan
    hilang permata carik rasa
    ulamak tersayang & mulia
    tinggi ilmu serta bijaksana 
    tersayat hati sukar diganti
    menitis laju airmata sayu
    sayangi perginya tok guru
    mampu mengintai kenangn
    agungnya peribadimu
    tersemat segala nasihat
    ilmu penyuluh sikap
    ubat membntuk kesumat
    seruan dan ingatan
    tiada lg seperti itu
    perginya seorang ilmuan
    hilangnya ayahanda trcinta
    trpahat lagenda figura
    diiringi berterusan dlm doa
    💕 -aulia

Tuesday 27 January 2015

Larih

Datang tanpa sedari
mangkuk tiris robek sisi
gersang wajah
luhur budi memandang sepi
menghulur sesaat 
pamit melulu
gusar kehadiran tertolak
kais pagi makan pagi
lumrah mendatang
harapan tertera
huluri seikhlas sendi
penonton beku terkedu
tepu wang saku
enggan sedari
langkah berbudi lautan rezeki...
-adz 12.45pm
27/1/15

Ambang 2015

Sangkar 2014
terlopong luas
membolos sketsa dunia
cerna melata
layaran babad
Hamparan merah
pentas 2015
tertera
menjana keazaman
firasat hidup
aliran berulang
hilir menanti
onak duri jeram
ulaman musafir lalu
destinasi usah kegersangan
matlamat satu cetakan
hentakan padu
bernoktah
kejang
- 13.41 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...