Thursday 29 July 2010

Apa itu cinta?

Cinta itu datang

tanpa diundang...

adakala indah

adakala berdarah

segalanya sementara

begitulah hakikat manusia

perasaan semata-mata

nafsu segalanya

hubungan kemanusiaan ianya...

Namun cinta di dalam

yang hakiki pasti

cinta yang realiti

tersemat abadi

pada-MU Maha Pemberi..

ku mohon erti...

3.05am 30hb.Julai'10

-adz

Friday 23 July 2010

Tweeting.

Make it real make it fun,
we feel nice and we feel warm,
everything go on still sweet and charm,
but lets not dream and going slum.
Life is splendid if we true indeed.
Trust someone to not being horrid
.
Feel better if we can do it,
make it smart and candid.
-adz

Wednesday 7 July 2010

Catitan Facebook

Lelaki
Mereka ingat siapa?
tumpuan apa-apa
calitan hati tiada erti
mahu bila mahu
campak bila lesu
debaran enggan mengerti
Lelaki
memang gitu
capai bila ingin
lerai tika jemu
kepingin apa-apa
semua semak jadinya
rasa yang dingin
kini bermain
sini
sakit sekali.
-adz 01.50 a.m

*** Hidup ini satu penerusan
perhentiannya di satu noktah kaku.
Bila masa berbicara senda
usah tertipu dan buta.
... Tika daya masih berusia
teruskan kewajipan
penuhkan buku amalan
dek kaku itu tidak pasti menanti. ***
-adz

Sunday 4 July 2010

Cinta

Getaran halus ini apa?
perasaan lembut ini menyapa
degupan jantungku laju
bila ku tuturkan namamu
indah bermain dibibirku
senang berada di hatiku
tenang mendamaikan jiwaku.
kasihku,
tak terucap kata
ada masa kelu lidahku
bila minda puas mengenangmu
bila khayalan memaparkan cintaku.
Aku malu
aku tau
namun cinta ini
menguji kesetiaanku yang tersimpan sepi.
-adz
(petikan diselit ke novel 'Aku Lupa')

CINTA 2.

cinta ini satu anugerah
tidak dicari malah
tidak jua dinanti
datangnya menyinari
menyelubungi diri
kasih ini ku genggam erat
ku tahu kau tahu
dalamnya cintaku
ku sedar kau sedar
kasih ini tetap segar
Kita tinggalkan remaja
meniti usia kita
ku menagih janji
yang belum pernah termetri
jiwa di sini
masih rindu bagai dulu
masihsetia menunggu
kasihku
sambutlah tanganku
kerana cinta
tak semestinya bersatu.
- 01.55 a.m adz

CINTA 3

Kau memberi
aku menerima
lafazmu sayu
aku termanggu
mengiringi sendu
derita lalu
terasa pilu
rindu.

Aku memberi
kau menerima
aku setia
kau teruja luka
perbuatanmu tiga
semuanya noda
derita lalu
menarik sendu
merayu.
- 02.00 a.m adz

CINTA 4.
Tak pantas aku menulis
tak rela aku menerima
tidak juga sepi untuk sendiri
mungkin tidakuntuk menanti.

Pantas degupan jantungku
tega aku menantimu
sepi diulit kisah lalu
tidak aku membencimu

Bicara ini bicara mati
tabah hati tabah mendiami
penantian ini penantian abadi
jawapanmu jawapan tak pasti.

-adz.
02.10 a.m
(diselit dlm novel'Aku Lupa')





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...