Thursday 12 March 2015

HARGA MINYAK NAIK


Sekali lagi minyak naik
Amarah pemandu melulu
Stesyen minyak penuh padu
Hati berkata kelat terbuku
Baru je turun
Naik kembali
Berapa sen pun ia
Tetap nilai duit jua
Usah merungut
Jangan mengaut
Setiap kejadian ada sempadan
Payah, jerih, sedu sedan
Gambaran wajah terbuka
Berfikir semula
Selepas ini apa pula
Barang atau benda akan naik harga
Bersiap sedia tak kira masa
Simpan wang kamu
Berjimat satu satu
Lebih baik begitu
- aulia adz
https://www.facebook.com/groups/1556180057984949/permalink/1567678313501790/

DRAMA HIDUP

Hentikan drama itu
Paparan menyayat pilu
Buangkan pengaruh berdebu
Menjerat minda pemerhati sendu
Asyik masyuk menunggu.
Hentikan drama itu
Terkesan sangat haru
Si penonton tanpa ragu
Lantas percaya melulu
Sesat sendiri zalimi kalbu
Hentikan drama itu
Lakunan nyata depan mata
Usah bertanya ruang masa
Tidak percaya saranan agama
Akhir hayat punah segala...
- aulia adz

REMAJA / PUISI KENANGAN BERCANDA

E-sastera@ Facebook


PUISI KENANGAN BERCANDA
Oleh aulia adz 

Bisa  kenangan menerpa tatkala berbicara
wajah tunduk
 minda berpadu bersahaja
rasa pilu menekan dalam
terus membisu nian menyulam puing-puing ombak di awangan...
kisah  silam amat menekan
menarik simpulan angin kerinduan
satu demi satu bergilir terakam di helaian memori kusam
debu-debu rintangan, dugaan dan cobaan sirna terpampang
turut menggiliri paparan mendatang
terkesima ... sayu
yang pergi di ingati..
kenangan terpahat teguh bersemi
tetap mengeratkan
mendekatkan dunia persimpangan
jarak jauh ditarik mendekati
jarak dekat dikuit merapati
 di sisi semakin menyendiri
dek malu menyelubungi diri
dek kerana masih mewarisi
 saki  baki adat, Opah yang beri
melekat kuat bermastautin dalam diri sanubari
hingga esok entah kapan pula nanti
 perlahan- lahan  menghilang lagi.”
: Khamis 5.00am 11/12/14 (  PULARA  2014)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...