Luahan spontan - Masa



masa itu magis bila adakalanya ia dimengerti
masa itu emas bila ada waktunya ia diburui
masa itu pantas bila detik saatnya tiada yang menghargai
kapan masa mencemburui bila ianya rakus dicemari
kapan pula ia tak mencukupi setelah kejam habis ia dimamahi
semua merintih pedih
bila masa berlalu pergi
tanpa menoleh tanpa memahami
tetap berlalu tak perlu lagi ditunggu
tak perlu cari... jua diganti
kerana tangan-tangan manusia yang mengasari
tangan-tangan itu juga yang menyuruh pergi
walau mulanya ia kesini
 menghampiri
 penuh dedikasi
mencurah harapan, peluang dan sokongan
mengapa dibuang dan dizalimi lagi...?
demi masa....
manusia yang menzalimi diri...

-adz
10.20am 3/4/'13

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...