Wednesday 7 July 2010

Catitan Facebook

Lelaki
Mereka ingat siapa?
tumpuan apa-apa
calitan hati tiada erti
mahu bila mahu
campak bila lesu
debaran enggan mengerti
Lelaki
memang gitu
capai bila ingin
lerai tika jemu
kepingin apa-apa
semua semak jadinya
rasa yang dingin
kini bermain
sini
sakit sekali.
-adz 01.50 a.m

*** Hidup ini satu penerusan
perhentiannya di satu noktah kaku.
Bila masa berbicara senda
usah tertipu dan buta.
... Tika daya masih berusia
teruskan kewajipan
penuhkan buku amalan
dek kaku itu tidak pasti menanti. ***
-adz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...