Wednesday, 13 November 2019

JURNAL PUISI MELAYU (GAPENA MALAYSIA)



Wajah yang Menggapai'
Seperti biasa aku selami media teknologi ini
menerus pembacaan jua garapan
tiba-tiba klik...
paparan di hadapan
anak-anak kecil bergambar
usang kontinya
kelam warna bajunya
namun tersenyum di sebalik kegersangan
berkerut muka
pudar seri kumpulan
tiada simpati tiadakah baki pendapatan
secebis kau buang bagi kami satu suapan
dambaan makanan untuk kepastian
penumbuhan fizikal dan minda berterusan.

Aku terkedu,wajah polos mereka terus menggapai
sehingga menusuk kalbu
bagai berkata, "sekolahkan kami di pondok tahfiz,
boleh kami berdoa atas ehsan, tuan."
menitis airmata tak bermakna
jika aku tidak bertindak dan bermula.
-aulia adz
   2.46am
(http://dermapadaanakyatim.blogspot.com/…/rumah-anak-anak-ya…)


Saturday, 9 November 2019

SAHABAT
kaulah pelita dan gula
menawar suka duka
antara kita tiada sempurna
namun menjentik bahagia
bersama kita harungi liku-liku hidup
persis bayi membesar menerpa
kini kita semakin dewasa
sesungguhnya berkongsi tanpa usikan bermula
yang terlepas cuma sebahagian kehidupan
yang mendekatkan adalah kasih sayang yang berterusan
- aulia adz

FRIEND

Friend
You are light and sugar
 To offer anecdotes
Upon cherish and grief
Between us is not perfect
hitherto flickered cheerily
Together we endure our daily lives
as  grown-up kiddies sprang ahead
We're getting      wiser
Share solemnly imperturbable ever               
Yet missed only part of life and
 yet the closest thing emphatically be loved.

Friday, 8 November 2019

Bicara bahasa / Language Phrase



Kiranya...
sehari selangkah hidup kita berubah;
mendamba keperluan
memenuhi keinginan
dari pemerhatian logik minda
sudah pasti semua ingin bahagia
kehendak dan realiti
adalah dua yang berbeza
tak selalu bersama
dan tak juga ceria hidup
sehala bersama.

I guess...
One day our lives bound to change;
the need for fulfilling our wish list
As observation upon the logic of one's mind
surely everyone wants to be happy
Will and reality are two different things
Not always blended together
and apparently not a felicitous life
along with a one-way gather.
- aulia adz

Thursday, 12 March 2015

HARGA MINYAK NAIK


Sekali lagi minyak naik
Amarah pemandu melulu
Stesyen minyak penuh padu
Hati berkata kelat terbuku
Baru je turun
Naik kembali
Berapa sen pun ia
Tetap nilai duit jua
Usah merungut
Jangan mengaut
Setiap kejadian ada sempadan
Payah, jerih, sedu sedan
Gambaran wajah terbuka
Berfikir semula
Selepas ini apa pula
Barang atau benda akan naik harga
Bersiap sedia tak kira masa
Simpan wang kamu
Berjimat satu satu
Lebih baik begitu
- aulia adz
https://www.facebook.com/groups/1556180057984949/permalink/1567678313501790/

DRAMA HIDUP

Hentikan drama itu
Paparan menyayat pilu
Buangkan pengaruh berdebu
Menjerat minda pemerhati sendu
Asyik masyuk menunggu.
Hentikan drama itu
Terkesan sangat haru
Si penonton tanpa ragu
Lantas percaya melulu
Sesat sendiri zalimi kalbu
Hentikan drama itu
Lakunan nyata depan mata
Usah bertanya ruang masa
Tidak percaya saranan agama
Akhir hayat punah segala...
- aulia adz

REMAJA / PUISI KENANGAN BERCANDA

E-sastera@ Facebook


PUISI KENANGAN BERCANDA
Oleh aulia adz 

Bisa  kenangan menerpa tatkala berbicara
wajah tunduk
 minda berpadu bersahaja
rasa pilu menekan dalam
terus membisu nian menyulam puing-puing ombak di awangan...
kisah  silam amat menekan
menarik simpulan angin kerinduan
satu demi satu bergilir terakam di helaian memori kusam
debu-debu rintangan, dugaan dan cobaan sirna terpampang
turut menggiliri paparan mendatang
terkesima ... sayu
yang pergi di ingati..
kenangan terpahat teguh bersemi
tetap mengeratkan
mendekatkan dunia persimpangan
jarak jauh ditarik mendekati
jarak dekat dikuit merapati
 di sisi semakin menyendiri
dek malu menyelubungi diri
dek kerana masih mewarisi
 saki  baki adat, Opah yang beri
melekat kuat bermastautin dalam diri sanubari
hingga esok entah kapan pula nanti
 perlahan- lahan  menghilang lagi.”
: Khamis 5.00am 11/12/14 (  PULARA  2014)

Friday, 13 February 2015

Perginya Seorang Tok Guru

    Terkenang...sntiasa mengejar arwah acapkali dtg memberi ceramah hanya utk mengintai wajah seorg tuan guru yg menyejuk hati & utk dpt pahala....kini cuma mampu hadiahkan surah dan doa moga dekat di hati... insyaaAllah ðŸ’•


     Al Fatihah.....
    Kesedihan tiada batasan
    hilang permata carik rasa
    ulamak tersayang & mulia
    tinggi ilmu serta bijaksana 
    tersayat hati sukar diganti
    menitis laju airmata sayu
    sayangi perginya tok guru
    mampu mengintai kenangn
    agungnya peribadimu
    tersemat segala nasihat
    ilmu penyuluh sikap
    ubat membntuk kesumat
    seruan dan ingatan
    tiada lg seperti itu
    perginya seorang ilmuan
    hilangnya ayahanda trcinta
    trpahat lagenda figura
    diiringi berterusan dlm doa
    💕 -aulia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...