*Dalam Lebaran yang terhampar
masih meniti masa dan hari
yang pergi tetap tiada
yang masih ada masih juga tiada
bayangan mana mungkin sama
kerinduan masa dulu
bernostalgia di sisi
teman,sahabat dan kawan
atau kau lebih dari itu
Di sana kau ada
Di sini kau jua
atau kau lebih dari itu
Di sana kau ada
Di sini kau jua
masih utuh dan tetap di hati bersemi**
adz - Khas utk mu 1978 yg menceriakn waktu Rayaku ketika itu.
______________________________________________________
Berhari Raya bersama keluarga tersayang 2010.
Bersama merayakan bersama
kita adalah sekeluarga
satu,dua pastikan ada
kasih bersemi disemai rata
pelukan rindu leraikan bersama
maaf zahir batin dipinta
sucikan ikatan kita
jangan sekali berpaling rasa
dahulukan ayahbonda dahulukan saudara
korbankan segalanya dgn rela
doa dikirim agar aman semua
hulurkan salam berjabat mesra
sayang menyayangi sematkan jua
biar perpisahan menambat hati
biar kejauhan menyulam rindu
kerana keluarga perlu menyimpul diri
kita adalah sekeluarga
satu,dua pastikan ada
pelukan rindu leraikan bersama
maaf zahir batin dipinta
sucikan ikatan kita
jangan sekali berpaling rasa
dahulukan ayahbonda dahulukan saudara
korbankan segalanya dgn rela
doa dikirim agar aman semua
sayang menyayangi sematkan jua
biar perpisahan menambat hati
biar kejauhan menyulam rindu
kerana keluarga perlu menyimpul diri
dalam erti kata SATU!
-adz
-adz
bila raya, mesti nak raya ngan famili kan..kalu tak, mesti rasa tak meriah..
ReplyDeleteKedekatan kita dgn family begitu erat tentunya...hari bahagia tentu tak hebat jika tak bersama yg tersayang...
ReplyDelete