Friday 1 October 2010

Bicara sendiri

Aku tahu
pelajaran itu perlu
aku juga mahu
mereka berilmu...
biar semua itu
dicari...diambil..dan diburu.

Masa itu emas
berharga walau terlepas
saat dan detik harus dikebas
genggam semuanya walau rimas
disiplinkan diri jangan malas
kerana tiap sesuatu pasti terbatas.

ibu dirumah perlu mengajar
asas si anak untuk belajar
agama dan akhlak harus sejajar
baru dibentuk jadi terpelajar
usah rakus usah terkejar
budaya luar rosakkan pelajar
unsur negatif tak payah mekar
hanya merosakkan generasi yang sedar.

Amanah semua perlu dijaga
lengkapkan ilmu,adab dan agama.
Amanah anak perlu setia
pada ibubapa, guru dan setara
tanggungjawab belajar biar sepenuhnya
usaha dan daya tanpa putus asa
biar harumkan maruah dan nama.

Amanah guru tentu adanya
mendidik bangsa biar berguna
sabar dan ikhlas walau diduga
dengan pelbagai karenah,perangai dan bahasa
satu yang pastinya pelajar semasa
ketandusan kasih sayang dari keluarga
perangai pelik dianggap derhaka
cubalah fahami cubalah meneroka
hati yang bersih fitrah terjaga
cuma luaran yang buat angkara.

Pada ibubapa amanah ini
ingin mengingati diri sendiri
usah berebut harta duniawi
anak sendiri terbiar sendiri
walau dihulur wang berguni
tak sama juga perihatin yang diberi
luang masa luangkan hati
peluklah anak dakap ke sanubari
agar mereka turut merasai
bahawa tuntutan ilmu mereka itu tetap dihargai...

-adz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...