Friday 15 March 2013


- Nukilan teristimewa  untuk semua wanita yang bekerja,tabah,berjasa dan brmaruah...

‘Wanita  Bangkit’
Wanita ,wanita dan wanita...
Satu laungan waktu senja
Bukan bermakna  kami alpa
Cuma sibuk  uruskan hal-hal  keluarga
Wanita,wanita dan wanita...
Satu laungan   di pagi hari
Bukan kami tak  mengalih  mata
Cuma asyik mengadap  kerja
Saban  hari saban waktu
Semuanya terbeban di bahu
Bukan kami mengeluh
Tidak juga berdusta
Cuma sekadar luahan rasa
Wanita,wanita dan wanita...
Panggilan  atau sindiran
Tak  pula kami hiraukan
Tidak akan kami  sedihkan
Kiranya tenaga ini masih diperlukan
Kesanggupan jua kami hulurkan
Kerana kami masih dan  pasti  ada
Kerana kami jua  teruja ,bangga
Menjadi tulang belakang  wanita Malaysia

-adziah
MAWAR PKWPP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...