Gelisah di malam ini
hati mencari-cari
jurang diri merenggang
dari menyertai ibadah ini
kisah wanita dengan rahsianya
tak akan adanya sebulan penuh
ruang masa terbatas cuma
hati gusar tiada alasan utuh
zikir dan pendengaran
jalan penyelesaian
malam terus berlalu
amalan masih berterusan
di masjid ini di surau itu
selawat dan takbir riuh bersahutan
malam datang lagi ia
bilakah pula membawa
satu hari paling mulia
bagai seribu bulan berganda
Lailatul kadar entah bila
mencari ia pada yang tak alpa
aduhai bahagianya
meraih pahala lebih dari usia
teruskan berdoa
teruskan segala
setiap yang setia pasti berjaya.
-adz
11.38pm
Wednesday, 25 August 2010
Sunday, 22 August 2010
Frets...
Suddenly the day just turned out bored & I felt restless. Writing and pouring out the needs are giving me this peaceful moment. Nobody knows the rising tide of words that had been hovering through my minds.
Let 'em out
telling the world...
that
my heart touches the depth of the sea...
my feelings reflected the waves of the tides,
my mind chewed over the veiled yesterdays.
Those moment which burnt my nights,
the nuisance of my life,
shatered dreams, ruined plan,disrupted moments
all gone
fade away
leaving me as a child in dreamless slumber
waving for the right man to appear
but lost in thoughts
for I am a loner
who like to be
and to be as what I am now
still am.
-adz
6.25 pm
Let 'em out
telling the world...
that
my heart touches the depth of the sea...
my feelings reflected the waves of the tides,
my mind chewed over the veiled yesterdays.
Those moment which burnt my nights,
the nuisance of my life,
shatered dreams, ruined plan,disrupted moments
all gone
fade away
leaving me as a child in dreamless slumber
waving for the right man to appear
but lost in thoughts
for I am a loner
who like to be
and to be as what I am now
still am.
-adz
6.25 pm
Friday, 20 August 2010
Mengertikah???
Senyum itu puas
tangis itu sedih
dan ceria ini riang
makanya sedih pasti pedih.
tangis itu sedih
dan ceria ini riang
makanya sedih pasti pedih.
Hitam itu kelam
bila putih juga bersih.
Merah kn berani lagi
kerana biru itu rindu,
anak mau patuh
pelajar harus disiplin
adik turut kata
dan isteri setia terjalin.
Panjang itu tali
pendek itu besi
besar juga budi
yang kecil dosa ini.
-adz
21.8'10.7.30am
bila putih juga bersih.
Merah kn berani lagi
kerana biru itu rindu,
anak mau patuh
pelajar harus disiplin
adik turut kata
dan isteri setia terjalin.
Panjang itu tali
pendek itu besi
besar juga budi
yang kecil dosa ini.
-adz
21.8'10.7.30am
Thursday, 29 July 2010
Apa itu cinta?
Cinta itu datang
tanpa diundang...
adakala indah
adakala berdarah
segalanya sementara
begitulah hakikat manusia
perasaan semata-mata
nafsu segalanya
hubungan kemanusiaan ianya...
Namun cinta di dalam
yang hakiki pasti
cinta yang realiti
tersemat abadi
pada-MU Maha Pemberi..
ku mohon erti...
3.05am 30hb.Julai'10
-adz
Friday, 23 July 2010
Tweeting.
Wednesday, 7 July 2010
Catitan Facebook
Lelaki
Mereka ingat siapa?
tumpuan apa-apa
calitan hati tiada erti
mahu bila mahu
campak bila lesu
debaran enggan mengerti
Lelaki
memang gitu
capai bila ingin
lerai tika jemu
kepingin apa-apa
semua semak jadinya
rasa yang dingin
kini bermain
sini
sakit sekali.
-adz 01.50 a.m
*** Hidup ini satu penerusan
Mereka ingat siapa?
tumpuan apa-apa
calitan hati tiada erti
mahu bila mahu
campak bila lesu
debaran enggan mengerti
Lelaki
memang gitu
capai bila ingin
lerai tika jemu
kepingin apa-apa
semua semak jadinya
rasa yang dingin
kini bermain
sini
sakit sekali.
-adz 01.50 a.m
*** Hidup ini satu penerusan
perhentiannya di satu noktah kaku.
Bila masa berbicara senda
usah tertipu dan buta.
... Tika daya masih berusia
teruskan kewajipan
penuhkan buku amalan
dek kaku itu tidak pasti menanti. ***
-adz
Sunday, 4 July 2010
Cinta
Getaran halus ini apa?
perasaan lembut ini menyapa
degupan jantungku laju
bila ku tuturkan namamu
indah bermain dibibirku
senang berada di hatiku
tenang mendamaikan jiwaku.
kasihku,
tak terucap kata
ada masa kelu lidahku
bila minda puas mengenangmu
bila khayalan memaparkan cintaku.
Aku malu
aku tau
namun cinta ini
menguji kesetiaanku yang tersimpan sepi.
-adz
(petikan diselit ke novel 'Aku Lupa')
perasaan lembut ini menyapa
degupan jantungku laju
bila ku tuturkan namamu
indah bermain dibibirku
senang berada di hatiku
tenang mendamaikan jiwaku.
kasihku,
tak terucap kata
ada masa kelu lidahku
bila minda puas mengenangmu
bila khayalan memaparkan cintaku.
Aku malu
aku tau
namun cinta ini
menguji kesetiaanku yang tersimpan sepi.
-adz
(petikan diselit ke novel 'Aku Lupa')
CINTA 2.
cinta ini satu anugerah
tidak dicari malah
tidak jua dinanti
datangnya menyinari
menyelubungi diri
kasih ini ku genggam erat
ku tahu kau tahu
dalamnya cintaku
ku sedar kau sedar
kasih ini tetap segar
Kita tinggalkan remaja
meniti usia kita
ku menagih janji
yang belum pernah termetri
jiwa di sini
masih rindu bagai dulu
masihsetia menunggu
kasihku
sambutlah tanganku
kerana cinta
tak semestinya bersatu.
- 01.55 a.m adz
CINTA 3
Kau memberi
aku menerima
lafazmu sayu
aku termanggu
mengiringi sendu
derita lalu
terasa pilu
rindu.
Aku memberi
kau menerima
aku setia
kau teruja luka
perbuatanmu tiga
semuanya noda
derita lalu
menarik sendu
merayu.
- 02.00 a.m adz
CINTA 4.
Tak pantas aku menulis
tak rela aku menerima
tidak juga sepi untuk sendiri
mungkin tidakuntuk menanti.
Pantas degupan jantungku
tega aku menantimu
sepi diulit kisah lalu
tidak aku membencimu
Bicara ini bicara mati
tabah hati tabah mendiami
penantian ini penantian abadi
jawapanmu jawapan tak pasti.
-adz.
02.10 a.m
(diselit dlm novel'Aku Lupa')
cinta ini satu anugerah
tidak dicari malah
tidak jua dinanti
datangnya menyinari
menyelubungi diri
kasih ini ku genggam erat
ku tahu kau tahu
dalamnya cintaku
ku sedar kau sedar
kasih ini tetap segar
Kita tinggalkan remaja
meniti usia kita
ku menagih janji
yang belum pernah termetri
jiwa di sini
masih rindu bagai dulu
masihsetia menunggu
kasihku
sambutlah tanganku
kerana cinta
tak semestinya bersatu.
- 01.55 a.m adz
CINTA 3
Kau memberi
aku menerima
lafazmu sayu
aku termanggu
mengiringi sendu
derita lalu
terasa pilu
rindu.
Aku memberi
kau menerima
aku setia
kau teruja luka
perbuatanmu tiga
semuanya noda
derita lalu
menarik sendu
merayu.
- 02.00 a.m adz
CINTA 4.
Tak pantas aku menulis
tak rela aku menerima
tidak juga sepi untuk sendiri
mungkin tidakuntuk menanti.
Pantas degupan jantungku
tega aku menantimu
sepi diulit kisah lalu
tidak aku membencimu
Bicara ini bicara mati
tabah hati tabah mendiami
penantian ini penantian abadi
jawapanmu jawapan tak pasti.
-adz.
02.10 a.m
(diselit dlm novel'Aku Lupa')
Subscribe to:
Posts (Atom)